
Puan Jamaliah bt Mat
Guru Besar SK Bayan Lepas
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Guru Besar SK Bayan Lepas
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT , dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada portal SK Bayan Lepas kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan secara ringkas kata-kata aluan di dalam portal ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada webmaster portal kerana berjaya mewujudkan satu laman web yang interaktif , mesra pengguna dan yang paling penting menyalurkan maklumat terkini kepada semua warga.
Pembinaan portal ini amat penting dalam penyampaian ilmu dan landasan penting bagi melahirkan komuniti berilmu dan berinteraktif.
Akhir kata saya menyeru kepada semua guru SK Bayan Lepas agar dapat meluangkan masa dan tenaga dengan menyumbangkan apa jua bahan berbentuk digital seperti nota, artikel serta bahan berkaitan untuk kegunaan semua.
"Bersamalah Kita membudayakan ICT"
"Sekian terima kasih"
Puan Jamaliah bt Mat
Guru Besar SK Bayan Lepas